Sebuah blog baru. Fairy Pets Land merupakan rumah perlindungan kucing terbiar diberi jagaan rapi. Kucing-kucing bawah jagaan kami akan di vaksin* ,de-wormed* dan dimandikan. Kebanyakan kucing-kucing kami diberi secara PERCUMA kepada pencinta kucing diluar sana. Kami juga menjual pelbagai jenis makanan haiwan belaan dan peralatan mereka.



PENTING: KAMI SEDANG MENAIK TARAF BLOG INI. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI

Wednesday, 3 December 2014

RAHSIA GERAKAN EKOR KUCING

Jom kenal kucing anda melalui pergerakan ekor mereka. Setiap pergerak ekor kucing, biasa ade maksud tau. Kalau korang tengok ekor kucing tu tengah kembang, jangan la pulak korang hepi nak ambil kucing tu sebab ingat kucing tu kucing parsi. Padahal kucing tu baru lepas gaduh, kalau korang pegang,habis la. Jom tengok contoh gerakan-gerakan diorang ni



USIA KUCING

                     Tahukah anda, terdapat jadual  membolehkan kita untuk mengira umur kucing. Sebagai contoh, kucing yang berusia setahun bersamaan dengan 7 tahun kehidupan manusia (kira kucing ni lebih cepat matang dari manusia la).  Ok, jom kita refer jadual kat atas tu. 

Jika kucing yang anda bela di rumah berusia 4 tahun, ianya bersamaan dengan 32 tahun umur manusia. Berbeza dengan kucing terbiar (tidak bertuan), umur kucing 4 tahun bersamaan dengan 40 tahun usia manusia.

 Ini menunjukkan jangka hayat kucing tidak bertuan adalah singkat berbanding kucing yang bertuan. Faktor lain yang mempengaruhi usia kucing ialah cara kita menjaga kucing, pemakanan dan juga genetik kucing tersebut. 


Terdapat kes-kes yang difailkan, kucing boleh mencapai usia lebih dari 30 tahun. Gunakan jadual di atas sebagai panduan pengiraan usia kucing anda. 






CARA AJAR ANAK KUCING BERAK DALAM PASIR DAN TANDAS

Assalamuailaikum dan hai semua, banyak dah anak-anak bulus yang diserahkan kepada tuan baru. Tapi ada yang kami tak sempat nak ajar anak-anak kucing berak dalam pasir lagi. Kami mohon maaf atas ketidaksempatan kami untuk melatih anak-anak bulus ini. Yang sempat kami ajar tu, kebanyakkan yang sudah lama kami jaga.


Ini cara yang selalu kami gunakan untuk ajar anak-anak kucing jagaan kami berak dalam pasir

  • Anak-anak bulus kami biasanya akan disangkarkan dahulu selama sebulan atau lebih. 
  • Alas sangkar diletakkan pasir keseluruhan nya agar anak-anak kucing ini akan menghidu dan biasa dengan bau pasir.
  • mereka akan mula berak dalam sangkar dan kadang-kadang tahi mereka akan melekat pada sangkar. Harus diingatkan, tahi mereka harus dibersihkan demi menjaga tahap kebersihan dan kesihatan meraka. 
  • amalkan selama seminggu dua, dan baru masukkan bekas pasir kedalam sangkar. InsyAllah, mereka akan mula berak dalam pasir.
  • kalau mereka dah mula pandai dan serasi berak dalam pasir berbekas, baru bolehlah lepas kan mereka bermain-main diluar tanpa risau mereka berak dan kencing merata.

Kalau kucing kami yang sememangnya kami jaga dari kecik dan niat untuk bela, kami akan ajar mereka untuk berak dalam tandas.

  • Biasanya anak-anak kucing ini, kami akan kurung kan mereka dalam tandas setiap malam selama sebulan atau lebih (bergantung pada penerimaan kucing itu sendiri)
  • Cara ini memang lambat berkesan tapi sangat menjimatkan kos. 
  • Kucing-kucing kami biasanya akan berak diatas lantai tandas, dan setiap hari kami akan mencuci tahi mereka.
  • Tapi untuk cara ini, tandas rumah harus sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali demi untuk keselamatan dan kesihatan kucing juga kesihatan diri kita sendiri.

Harap tip-tip ini sangat berguna. Jika anda juga ade tips untuk mengajar anak kucing berak dalam pasir atau pun apa-apa tip mengenai kucing, ayuh kongsikan bersama untuk manfaat kita semua.

Monday, 1 December 2014

CAT FOR ADOPTION

Salam semua pengunjung Fairy Pets Land. Kami disini ada beberapa ekor kucing untuk dijadikan anak angkat. Kebanyakkan anak-anak kucing ini dijumpai dan dijaga juga dirawat sementara sebelum diserahkan kepada pemilik baru yang betul betul cinta dan sayang kan kucing.

Untuk sebarang pertanyaan atau proses untuk membela sila hubungi

018-3248979 (call/sms)
012-9624425 (call/sms/whatapss)


  • Setiap anak kucing yang di ambil akan disertakan sekali makanan untuk sehari dua (Wet Food)
  • Anak-anak kucing ini kami berikan secara percuma tanpa sebarang bayaran. 



Nama: Oscar
Jantina: Jantan
Umor: 1bulan (anggaran)
Tarikh Jumpa: 30-11-2014 (longkang depan rumah)
Baka: Bengal Marble
Tuan: Khairil

Ciri-ciri: berbulu agak lebat, warna hitam kelabu, spesis Bengal Marble, ekor pendek dan patah, sangat manja dan jinak. Semasa jumpa ada 3 ekor 2 sudah mati. Dipercayai dibuang.





Nama: Jenny and Jonny
Jantina: Betina (depan) Jantan( belakang)
Umor: 3bulan
Tarikh Jumpa: 16-08-2014
Baka: Domestik short hair
Tuan: Shahrol (Shah Alam)
Tarikh diambil: 06-09-2014

Ciri-ciri: semasa jumpa masih bayi dan belom pandai berjalan. berbulu pendek, berwarna orange dan berbelang hitam. Sangat aktif dan manja. Kedua2 ini anak angkat kepada Fairy dan disusukan oleh fairy.




Nama: Suzy
Jantina: betina
Umor: 3 Bulan
Tarikh Jumpa: 16-08-2014
Baka: Domestik short hair
Tuan: Aisyhah ( Wangsamaju)
Tarikh diambil: 01-09-2014

Ciri-ciri: semasa jumpa masih bayi dan belom pandai berjalan.berbulu pendek berwarna orange dan berbelang hitam. Yang ini merupakan adik beradik Jenny&Jonny. Tapi badan bercorak unik seperti harimau.


Kalau nak dapatkan banyak pilihan kucing-kucing untuk dibela, visit blog  http://www.petfinder.my/



Monday, 24 November 2014

MUNTAH & CIRIT-BIRIT



Setelah punca masalah cirit-birit dikenalpasti, rawatan susulan boleh di lakukan. Langkah pertama adalah mengasingkan punca masalah itu sendiri. Misalnya jika susu lembu menjadi punca, maka buangkannya dari diet. Produk berasaskan tenusu boleh dihindarkan dari diet tanpa menyebabkan kekurangan nutrien kerana ia bukannya sebahagian dari diet yang sihat untuk kucing.

Jika terlebih makan adalah puncanya (dikenalpasti dari beberapa ketul najis besar,cair, tidak berbentuk) maka pemakanannya perlu dikawal. Berikannya 3 kali hidangan kecil berbanding sekali hidangan besar sehari. Bawakan air dari rumah atau air botol jika anda membawanya ke kampung kerana air di tempat berbeza juga boleh menyebabkan cirit-birit (bagi manusia, air semuanya sama tapi kucing mempunyai deria rasa yang berbeza).

Jika bahan toksik hadir dalam badan, bahannya perlu dikenalpasti kerana antidot yang spesifik boleh diperolehi. Atau bawa sahaja kucing anda ke vet untuk pemeriksaan.

Cirit yang disebabkan oleh alahan makanan boleh dirawat dengan memperkenalkannya diet khas (perlu dirujuk kepada vet) selama lebih kurang 8 minggu. Jika ciritnya hilang, kucing itu boleh dibiarkan dalam program diet ini, atau lain-lain makanan boleh diperkenalkan secara sedikit demi sedikit sehingga bahan alahan itu dikenalpasti (apabila simptom cirit itu berulang semula). Bahan makanan yang telah dikenalpasti itu kemudiannya perlu dibuang dari diet.

Alahan yang menyebabkan muntah atau cirit-birit ini biasanya tindakbalas terhadap unsur protein dalam makanan, pengawet, perasa, pewarna atau apa sahaja yang terkandung dalam makanan itu. Seperti sebelum ini, menghindarka bahan tersebut dari pemakanan akan menghentikan cirit-birit ini. Memang ada jenama yang terkenal juga di Malaysia ini yang sering membawa masalah cirit-birit kepada kucing, dipercayai disebabkan pewarna tiruan yang digunakan. Saya tak mahulah sebut di sini, anda boleh mengunjungi forum-forum untuk mengetahuinya.

Selain itu, jenama seperti Eukanuba, dan Royal Cannin terutamanya, mengandungi diet khas untuk masalah alahan makanan. Anda boleh melihat labelnya tertulis Hypoallergenic, Neutral Formula, Limited Ingredients atau Ultra Allergen. Makanan ini adalah khas untuk kucing yang mengalami masalah alahan.

Kucing yang mengalami cirit-birit berlanjutan lebih dari 24 jam perlu di bawa ke vet tanpa lengah. Bawakan sekali sampel najis kucing anda supaya ianya boleh diperiksa kehadiran parasit atau bakteria. Vet yang bertanggungjawab sepatutnya akan memeriksa najis tersebut. 

Kucing akan kehilangan bendalir badan dengan cepat dalam situasi cirit-birit, dan boleh membawa kepada kejutan serta pengsan. Punca cirit yang kronik boleh menjadi sukar untuk ditentukan dan memerlukan analisis makmal serta kawalselia oleh vet yang profesional. 

Cirit yang singkat tanpa kehilangan bendalir yang banyak boleh dirawat di rumah. Jangan beri sebarang makanan selama 24 jam, berikan jumlah air yang sedikit untuk kucing menjilat. Apabila kucing kelihatan semakin sembuh, perkenalkan makan pejal semual secara berperingkat (3-4 kali hidangan kecil sehari). Mulakan dengan diet yang tinggi protein (dari haiwan dan bukannya tumbuhan).

Elakkan makanan tinggi karbohidrat dan makanan kering kerana karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan cirit berulang. Secara berperingkat juga, kucing anda boleh kembali kepada diet biasanya. Ada sesetengah pemilik kucing menggunakan bahan yang dipanggil Loperamide atau Imodium untuk melambatkan aktiviti dalam usus kucing. Rujuk kepada vet anda terlebih dahulu untuk perkara ini kerana ia agak kontroversi.

Jika kucing anda mengalami cirit-birit…berikan dada ayam (chicken breast) rebus…kalau boleh rebus bersama pumpkin (sedikit sahaja)…dan beri ia makan..jika ia berterusan selama 48 jam…sila ke Vet.

PERTANYAAN

Untuk Sebarang pertanyaan dan juga pembelian, boleh hubungi

Our Online shop OPEN 24 hour/day.

Address: No 201, Tingkat 1 Blok G-19,
               Jalan 4/27a Seksyen 2 Wangsamaju,
               53300 Kuala Lumpur

Phone : 012-9624425 (call/sms/whatapps)
             018-3248979 (call/sms)

Sunday, 23 November 2014

MASALAH BULU KUCING GUGUR

Masalah bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa. Tetapi amat merisaukan hati apa bila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.

Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.

Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing. Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur.

Terdapat banyak faktor kenapa bulu kucing gugu

1. Kutu/Lices
Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur
Treatment : Gunakan Bio-Spot atau Frontline…sembur pada kucing, ulangi selepas 48 jam..dan ulangi lagi selepas 48 jam. Ini kerana telur kutu boleh menetas dlm 48 jam. Jangan mandi kucing tersebut sehingga seminggu. Sembur juga bilik kucing, carpet jika ada..kerana kutu boleh bersembunyi disini. Tidak berkesan jika kita hanya treat kucing…tetapi beberapa hari kemudian kutu akan datang semula.


2. Fungus
Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.
Treatment : Mandikan kucing menggunakan Malaseb dan beri ia pil anti-fungus.


3. Kekurangan Protein dan Vitamins
Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat…
Treatment : Makanan yang berkualiti, makanan segar (raw), multi-vitamins dan juga brewer yeast


4. Bulu Kering
Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan
Treatment : Pastikan anda menggunakan syampoo mengikut sukatan yang disyorkan, minyak seperti salmon oil boleh membantu.


5. Stress
Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal.
Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.


6. Dry Skin
Dry skin lazimnya berpunca dari pemakanan. Boleh bagitau apa jenis makanan u beri pada kucing u?. Makanan berkualiti murah lazimnya mengandungi kadar garam dan meat-by-products yang tinggi yang mana menjadikan kulit kucing kering dan gagal menghasilkan minyak bagi menjadikan bulu kucing lembab. Ia boleh dilihat dari warna bulu kucing yang pudar, kering, kucing lazimnya menggaru dan menjilat dengan lebih kerap. Jika kita menyikat bulu kucing ia lazimnya keluar dengan banyak.
Cara mengatasi : saya syorkan makanan yang berkualiti seperti RC SkinCare, Innova Evo dan wet-food. Bagi vitamins, gunakan salmon oil, evening primrose, Felovite II dan brewer yeast.


7. Penyakit kulit
Kutu (fleas), hama (lices) yang mengigit kucing boleh menjadikan kulit kucing tidak sihat dan bulunya mudah tanggal. Anda boleh melihat kutu dengan adanya kutu atau bintik-bintik hitam pada bulu, manakala lices bintik halus berwarna hitam..dan jika diperhatikan dengan teliti ia akan bergerak..lazimnya pada bahagian ruff (bulu leher). Bagi kucing yang alah (allergic) pada kutu ia akan menyebabkan penyakit lain seperti kudis dan kurap. Ini akan menyebabkan bulu tertanggal dengan mudah.

Anda boleh membunuh kutu dengan menggunakan racun seperti Bio-groom atau Frontline. Tetapi jika terdapat kudis, anda perlu membawa kucing anda ke vet untuk diberi suntikan antibiotic.

Lain-lain faktor :-
Bagi kucing berbulu panjang, jika cuaca terlalu panas terutama bagi rumah yang beratap zinc dan tiada aircond, ia akan menghadapi keguguran bulu yang ketara.

(sumber : jerrycatlovers)